Posted by: halimatun on: November 2, 2009
ada baca tak berita pagi td?
tu dia bukan main hampir sumer akhbar melaporkan (except The Star) di muka hadapan tuh
ala berita nih
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
am@hmetro.com.my
| |
AMPANG: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, 38, ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah banglo di Taman Seri Ukay, Hulu Klang, dekat sini, tengah malam tadi, dipercayai kerana memberi ceramah tanpa tauliah.
Beliau ditahan kira-kira jam 12 tengah malam sebelum dibawa ke Balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan dan dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi ini mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, ketika dihubungi lewat malam tadi mengesahkan mengenai penahanan itu kerana memberi ceramah tanpa tauliah dan akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan ketika dihubungi juga mengesahkan Dr Mohd Asri ditahan sepasukan penguat kuasa Jais sebelum dibawa ke Balai Polis Hulu Klang untuk membuat laporan tangkapan.
Turut dilihat mengiringi Mohd Asri ke balai polis ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib yang sebelum itu dikatakan berada di banglo berkenaan.
Difahamkan, ketika serbuan dibuat, terdapat kira-kira 30 kenderaan yang diletakkan di luar kediaman berkenaan.
Tinjauan Harian Metro di kediaman berkenaan juga mendapati terdapat peralatan pembesar suara dalam ruang tamu banglo berkenaan.
Kelmarin, Dr Mohd Asri, dipetik sebagai berkata yang beliau tidak akan menerima jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ditawarkan kerajaan kepadanya berikutan kontroversi yang timbul daripada memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong yang membantah pelantikan itu.
Dalam memorandum itu, PGSM mendakwa, Dr Mohd Asri tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, mencerca solat hajat serta menolak hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari.
Dakwaan lain termasuk mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali.
Dr Mohd Asri bagaimanapun, menegaskan dakwaan persatuan terbabit sebagai pembohongan dan fitnah.
Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, Dr Mohd Asri turut mencabar PGSM mengemukakan bukti beliau mencerca Imam Ghazali dan Imam Nawawi serta menolak hadis Imam Bukhari melalui ucapan atau tulisannya.
Bagaimanapun, katanya, beliau belum terfikir untuk menyaman PGSM, tetapi mencabar mengemukakan bukti dakwaan dalam memorandum itu dalam masa seminggu.
Sementara itu, Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip, dalam sidang medianya semalam, berkata pihaknya bersedia bersemuka dengan Dr Mohd Asri untuk berbincang secara tertutup isu memorandum berkenaan.
Bagaimanapun, PGSM kesal berhubung tindakan Dr Mohd Asri memperbesar-besarkan serta mencari publisiti menerusi media terhadap isu itu yang menjadi hak dan budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan.
Mohamad Isa turut mengakui berlaku kesilapan teknikal pada pihaknya hingga menyebabkan memorandum itu tersiar di laman web persatuan itu, namun ia ditarik balik serta-merta selepas disedari.
so alkisahnya tepat jam 9 pagi ustaz nih dah tggu di mahkamah sbb nak dgr pertuduhan, napenya dia ditangkap, ada org kata dia ditangkap sbb dia ni xde ditauliah sbg org yg berhak bg ceramah agama di negeri Selangor (aik? dah jadi Mufti Perlis pon nak ceramah negeri lain pon kena dptkn tauliah ka? logik ka?)
ustaz ni dgn para peguamnya punya tggu dari jam 9 pagi sampai jam 1 tgh hari still x masuk jumpa hakim. sebabnya? peguam dari JAIS tak dtg-dtg pdhal ms si hamba Allah dibebaskn dgn ikat jamin jam 1.00 pg td, beliau diarahkan hadir ke mahkamah utk dgr pertuduhan. ALih-alih beliau dibebaskan tanpa ada pertuduhan!! Punyalah hampeh dah tangkap siap panggil wartawan segala bagai, kepung rumah org cam ada pengganas dalam rumah ( 40 org polis!! tu dia jagn main-main). dah tu tercongok kat mahkamah dr jam 9 pagi sampai masuk zohor alih-alih xde kes, punyelah xde adab
yg menangkap tuh TAK BUAT HOMEWORK KA SEBELUM NAK MENANGKAP ORG? TAKDE TUDUHAN TANGKAP DULU PEHTU PIKIR APA KES KITA NAK BAGI KT DIA NIH..SAHIH X WAT KERJA