Posted by: halimatun on: November 9, 2009
Masa belajar dahulu
bila ada kecelaruan atau konflik dalam organisasi
ramai akan merujuk kepada pemimpin
bagaimana nak selesaikan konflik ini
konflik perlu diselesaikan, terutama jika ia semakin membarah di dalam
Jika kepimpinan buat tak nampak, endah tak endah dgn konflik yg berlaku
Maka ada kemungkinan organisasi yg disayangi akan runtuh melata
Musuh pon bersorak ria
Now back to reality
Sekarang ini dalam satu kapal patutnya cuma ada satu kapten
dia yg menentukan hala tuju kapal
nak terjunam ke dasar laut
atau pon nak menghalakan kapal ke daratan yg aman
masalahnya
bila kapten terlalu mendengar sahabat baik
mendengar apa yg mahu didengari sahaja
kata-kata pujian sahaja
jika kritikan atau teguran
mungkin kapten itu enggan mendengarnya
bagaimana hala tuju kapal itu
anak kapal ada ramai
ada yg ikhlas berjuang demi keselamatan anak kapal yg lain
tapi jika sesama krew kapal sudah ada rasa sangsi
sudah ada rasa iri hat
jika kapten tidak suka melihatnya lagi
adakah mahu dihukum anak kapal dengan menghumbannya ke luar dri kapal?
aku sbg pemerhati
memerhati arah tuju kapal itu
yg ku lihat
arah kapal itu makin celaru
anak kapal nmpk bimbang
ada yg masih sygkan kapal itu
namun ada juga yg sedang membocorkan lantai kapal itu
jadi..apa yg patut kapten kapal itu buat?
adakah kapten kapal tak nampak apa yg terjadi?
Posted by: halimatun on: November 2, 2009
ada baca tak berita pagi td?
tu dia bukan main hampir sumer akhbar melaporkan (except The Star) di muka hadapan tuh
ala berita nih
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
am@hmetro.com.my
| |
AMPANG: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, 38, ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah banglo di Taman Seri Ukay, Hulu Klang, dekat sini, tengah malam tadi, dipercayai kerana memberi ceramah tanpa tauliah.
Beliau ditahan kira-kira jam 12 tengah malam sebelum dibawa ke Balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan dan dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi ini mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, ketika dihubungi lewat malam tadi mengesahkan mengenai penahanan itu kerana memberi ceramah tanpa tauliah dan akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan ketika dihubungi juga mengesahkan Dr Mohd Asri ditahan sepasukan penguat kuasa Jais sebelum dibawa ke Balai Polis Hulu Klang untuk membuat laporan tangkapan.
Turut dilihat mengiringi Mohd Asri ke balai polis ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib yang sebelum itu dikatakan berada di banglo berkenaan.
Difahamkan, ketika serbuan dibuat, terdapat kira-kira 30 kenderaan yang diletakkan di luar kediaman berkenaan.
Tinjauan Harian Metro di kediaman berkenaan juga mendapati terdapat peralatan pembesar suara dalam ruang tamu banglo berkenaan.
Kelmarin, Dr Mohd Asri, dipetik sebagai berkata yang beliau tidak akan menerima jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ditawarkan kerajaan kepadanya berikutan kontroversi yang timbul daripada memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong yang membantah pelantikan itu.
Dalam memorandum itu, PGSM mendakwa, Dr Mohd Asri tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, mencerca solat hajat serta menolak hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari.
Dakwaan lain termasuk mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali.
Dr Mohd Asri bagaimanapun, menegaskan dakwaan persatuan terbabit sebagai pembohongan dan fitnah.
Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, Dr Mohd Asri turut mencabar PGSM mengemukakan bukti beliau mencerca Imam Ghazali dan Imam Nawawi serta menolak hadis Imam Bukhari melalui ucapan atau tulisannya.
Bagaimanapun, katanya, beliau belum terfikir untuk menyaman PGSM, tetapi mencabar mengemukakan bukti dakwaan dalam memorandum itu dalam masa seminggu.
Sementara itu, Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip, dalam sidang medianya semalam, berkata pihaknya bersedia bersemuka dengan Dr Mohd Asri untuk berbincang secara tertutup isu memorandum berkenaan.
Bagaimanapun, PGSM kesal berhubung tindakan Dr Mohd Asri memperbesar-besarkan serta mencari publisiti menerusi media terhadap isu itu yang menjadi hak dan budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan.
Mohamad Isa turut mengakui berlaku kesilapan teknikal pada pihaknya hingga menyebabkan memorandum itu tersiar di laman web persatuan itu, namun ia ditarik balik serta-merta selepas disedari.
so alkisahnya tepat jam 9 pagi ustaz nih dah tggu di mahkamah sbb nak dgr pertuduhan, napenya dia ditangkap, ada org kata dia ditangkap sbb dia ni xde ditauliah sbg org yg berhak bg ceramah agama di negeri Selangor (aik? dah jadi Mufti Perlis pon nak ceramah negeri lain pon kena dptkn tauliah ka? logik ka?)
ustaz ni dgn para peguamnya punya tggu dari jam 9 pagi sampai jam 1 tgh hari still x masuk jumpa hakim. sebabnya? peguam dari JAIS tak dtg-dtg pdhal ms si hamba Allah dibebaskn dgn ikat jamin jam 1.00 pg td, beliau diarahkan hadir ke mahkamah utk dgr pertuduhan. ALih-alih beliau dibebaskan tanpa ada pertuduhan!! Punyalah hampeh dah tangkap siap panggil wartawan segala bagai, kepung rumah org cam ada pengganas dalam rumah ( 40 org polis!! tu dia jagn main-main). dah tu tercongok kat mahkamah dr jam 9 pagi sampai masuk zohor alih-alih xde kes, punyelah xde adab
yg menangkap tuh TAK BUAT HOMEWORK KA SEBELUM NAK MENANGKAP ORG? TAKDE TUDUHAN TANGKAP DULU PEHTU PIKIR APA KES KITA NAK BAGI KT DIA NIH..SAHIH X WAT KERJA
Posted by: halimatun on: October 21, 2009
Pagi tadi, sebelum naik ke opis ku. Menyinggah di kedai mamak Amin. Mata terpandang Harian Metro. Darahku tersirap.
Budak 3 tahun. didera, diliwat, dirogol oleh kekasih ibu sendrik!! Yang paling best, boleh ibunya menuding jari kepada pembantu rumah. Padahal pembantu rumah itu tidak pernah wujud dalam rumah itu. Ibu jenis apa cmni? kerana cinta butakan mata melihat anak sendrik didera sebegitu rupa? Huh binatang pon kalau orang kacau anaknya boleh mengamuk, yang manusia sebegini boleh butakan mata melihat anak dikerjakan sebegitu rupa.
Gila sungguh Gila.
3 tahun of coz budak itu tak mampu nak melawan. Kejam!! Lagi teruk dari binatang!!
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
| |
KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.
Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.
Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.
“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.
“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.
“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.
“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.
“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.
“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.
Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.
“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.
“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.
“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Posted by: halimatun on: October 12, 2009
Ok faced it. Kita kalah. Bagi la seribu satu alsan pon. Even referee berat sebelah pon. Kurang tenaga mahir pon. Jawapan muktamad. Kita Kalah.
For me, bagus lah kita kalah.
Sebab?
Dari mataku seorang insan biasa.
makin byk kemenangan buat kita lupa diri
over yakin
bongkak & besar diri
sudah kelihatan, beberapa orang di atas sana
menjadi dan kelihatan gila, berlagak gila
sebab sudah ada kuasa
semakin jelik ku lihat telatahnya
tapi apa yg dia perjuangkan ada terselit benarnya
cuma cara dia mengorak langkah telah melukakan teman seperjuangan
kamu fikir, kamu di atas sana atas usaha & kredibiliti kamu sendirikah?
baguslah kita kalah
bagi pesanan kepada pimpinan atasan
bila dah mendongak ke langit jgn lupa rumput & tanah di bumi yg menyokong kamu utk naik ke atas sana
Posted by: halimatun on: July 27, 2009
” Mak nak beli gula pagi tadi, gula dah habis along, kedai dah habis gula,” adu mak pagi semalam.
Yehaaaaaaaaaaaaaaaaa
Drama sudah bermula
Mula-mula gula habis di pasaran
Kemudian stok tepung pun berkurangan
Kemudian harga ayam dan daging tetiba mencanak naik
Ops lupa pulak stok beras negara pon berkurangan
Aduh lupa pula kepada sang garam
Apa lagi ye?
Ini fenomena berulang. Setiap tahun drama ini pasti ada. Every year. Apadepa takleh fikir alasan ke nak naikkan harga? Setiap kali musim perayaan mula la tetiba stok-stok barang keperluan hilang dan berkurangan dari dalam stok.
Jahat sungguh la jahat.
Posted by: halimatun on: July 17, 2009
Bayangkan..
Sekarang waktu 5 petang, anda bersiap. Tenang. Menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia yang sejati. Melaporkan diri sebagai saksi yg dipanggil.
Esok, kamu tahu kamu akan mendaftarkan perkahwinan. Ye tunanganmu menunggu. Hari bahagia akan dicipta bukan?
Bayangkan,
10 jam kamu disoalsiasat tanpa henti. Dari 5 petang sehingga 3.45 pagi.
Tahu-tahu esok harinya
Jam 1.30 petang, kamu ditemui. Yeah tanpa nyawa. Tidak bernyawa.
Spekulasi yang pelbagai akan melanda.
Jatuh atau lompat? kata sebuah akhbar media perdana.
Kata ku? Simpati. Dia sudah tidak bernyawa.
Bermacam kenyataan yang keluar. Katanya jam 3.45 sudah habis soalsiasat. Jam 6 pagi ada yang nampak dirinya. Ada yang kata dia tidur di pejabat sana.Untuk apa? Sdgkan kamu boleh terus keluar dr sana.
6 pagi masih bernyawa. 1.30 petang ditemui tidak bernyawa.
Seluarnya koyak. Lifeless. Kata polis sudden death jatuh dari tingkat 14 sana. Ada yang kata 8. Bagiku mana-mana pon ketinggian itu cukup mengerikan.
Weird juga ada. Kenapa jam 1.30 baru ditemui? Baru membuat rondaan kah? Weird, kerana tiada blood splattered. Aneh sebagai saksi kamu disoalsiasat seperti gaya seorang pesalah juga.
Hmm..tak mahu buat spekulasi. Kebenaran akan muncul juga. Aku yakin pada hukum dunia. Aku yakin tentang pembalasan di alam sana.
Oh ye ada berita gembira utk rakyat Malaysia. Romournya kedengaran. BERSIAP SEDIA YE RAKYAT MARHAEN SEMUA!!
Posted On at at 17.7.09 by kerengga
Peter Chin: Kertas kerja dibentang di Kabinet minggu depan
PUTRAJAYA: Kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan dan jika diluluskan ia dijangka akan dikuat kuasa mulai bulan depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata, kenaikan tersebut yang melibatkan keseluruhan pengguna elektrik dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa, telah mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi Negara.
“Bagaimanapun peratus kenaikannya masih belum boleh diumumkan sehinggalah ianya diluluskan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan warga kementeriannya serta pelancaran logo baru kementerian tersebut, di sini hari ini.
Ditanya sama ada kenaikan tersebut bakal menambah lagi beban rakyat yang baru diumumkan dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam semalam, Peter Chin berkata kenaikan tersebut tidak akan terlalu membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.
“Kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan kerana ia didorong oleh harga bahan api dan gas di pasaran antarabangsa yang menyebabkan kenaikan kos penyelenggaraan.
“Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos).
“Kita boleh jelaskan kenapa tarif perlu dinaikkan dan kalau kita dapat menjelaskan dengan kukuh dan jumlahnya tidak terlalu tinggi hanya bagi menyeimbangi kos, maka saya fikir rakyat boleh memahami keadaannya,” kata beliau.
Berucap di majlis itu, Peter Chin berkata, kerajaan sedang mengambil tindakan proaktif mengenai mitigasi bagi mengatasi jangkaan kekurangan air akibat fenomena El Nino.
Beliau berkata, beberapa siri perbincangan yang melibatkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi dan operator air di seluruh negara telah diadakan bagi memastikan bekalan air mencukupi.
Orang ramai juga perlu segera melaporkan kepada operator air jika terdapat sebarang kebocoran air dan insiden paip pecah bagi mengelakkan pembaziran air, katanya.
-BERNAMA-
Posted by: halimatun on: July 16, 2009
Rasa pernah dengar kan lagu tu. Patriotik habih. Yes i do love my country. Mmg sunnguhg aku cintakan negaraku. Enggan melihat ia dimusnahkan oleh anasir dari luar dan dari dalam negara sendrik.
Eh nak tahu sumting? Yang membuatkan dkau terkekeh-kekeh gelak pg tadi adalah kerana berita ini. KENAIKAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM BERKUATKUASA 1 OGOS 2009. Tu dia. Masa nak perah duit rakyat tak sempat-sempat nak laksanakan kan? Masa nak tarik balik keputusan ‘agak bijak’ mereka itu amik masa bertahun nak perbetulkan kan.(Faham kan tentang keputusan yang mana nak tarik balik tuh kan?). Bukankah pernah ku katakan dengan tegas para menteri negaraku bijak bijak belaka. Wat kerja hati-hati gitu.
Ok jom tgk kadar kenaikan yang akan mencekik lagi darah kita.

Posted by: halimatun on: June 19, 2009
actually malas nak bicara ttg keadaan semasa.
Cerita 1
dalam minggu ini ada menonton dokumentari ttg bagaimana US keluar drpd krisis ekonomi mereka pd tahun 1930-an dahulu. setelah pelbagai cara yg dilakukan oleh presiden Hoover utk bw keluar negaranya dr kemelesetan, actually yang berjaya meningkatkan kembali ekonomi US adalah melalui peperangan. Adakah hanya tragedi yg cabut nyawa beribu-ribu ini sahaja yg mampu selesaikan mslh mereka skrg. I hope not.
Cerita 2
Unity Government? UG? with sape? dgn puak itukah? kenapa? demi kerana apa? Huh utk bangsa? Ada apa dengan bangsa. Rasulullah dahulu berperang dgn kafir musyrikin demi agama or bangsa? Demi agama bukan? Jadi jawab soklan ku ini. Utk apa kita mesti berpeluk sakan dengan puak yg pernah menendang kita keluar dahulu? Terliurkan bygn wang ringgit yg biru hijau itu kah? Kenapa? Nope. Aku tak boleh terima. Dulu kata jgn terjun dalam tong najis. Tapi kenapa kamu beriya sakan nak bergelumang sama dalam kolam itu? Di saat org beramai-ramai keluar dr sana, you’re the one yg willing utk masuk sama? Jawab!! Utk apa? Kempunan sgtkah kamu dgn harta dan kuasa?
Cerita 3
Technical recession? Ekonomi masih stabil katanya. Asas kita masih kukuh. Hahahaha siapa yang kamu mahu tipu. Utk yakinkan pelabur? Yeah right. Nilai kembali FDI kita makin menyusut atau menokok? Rakyat sekalian. Yg berkemampuan beli emas ye. Bukan emas putih tau. Emas kuning tuh. Itu yg berharga. takut-takut nanti wang ringgit kita tak berharga emas itulah kekuatan kita. (ayang, kita ke HabibJewels leh ye) lihat cerita ini..mari kita fikirkan bagaimana agaknya keadaan kita nanti.
GLC STAFF FACING PAY CUTS – malaysian insider
PETALING JAYA, June 18 — The 400,000 workers in government-linked companies (GLCs) have been forewarned to brace for a salary cut by September because of the economic downturn, MTUC Vice-President Mustafa Maarof disclosed today.
Seramai 400,000 buruh dan kaki tangan yang bekerja dengan GLC telah diberi tahu bahawa mereka akan menerima potongan gaji bermula pada bulan September ini. Berita ini disampaikan oleh Timbalan Presiden Kesatuan Sekerja (MTUC) Mustafa Maarof.
Mustafa juga memberitahu media bahawa para pekerja ini juga akan menerima perberhentian sukarela – MSS dan VSS.
Antara 90 syarikat GLC yang terlibat itu ialah : MAS, , Sime Darby, Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Felda, Felcra, Pos Malaysia dan Bernas.
Menurut Mustafa lagi – 80 peratus pekerja ini adalah bekas kaki tangan kerajaan yang akan menerima pencen tidak lebih dari 200 ringgit sebulan.
Posted by: halimatun on: May 29, 2009
Beberapa bulan lepas den pernah bgtau, begara kita mengalami kemelesetan ekonomi. Kita bukannya buta, tapi nape mereka nak nafikan?
1. Kita dah nampak harga barang semakin mencanak naik. (den tau..semalam den beli barang takdelah sampai 2 troli tapi harga yg den bayar, tahun lepas mmg konperm 2 troli). Harga sekotak Whiskas tahun lepas RM 6, semalam den beli harganya RM7.80. Naik 30% hampeh.
2. Kita dengar, rakan-rakan, sedara..adik si polan, kawan kepada kawan yg dibuang kerja dek kerna nak menjimatkan kos operasi. Tapi yang peliknya buang pekerja tempatan amik pekerja asing tuh. Weird?
3. Kita tahu, beberapa syarikat yg dah tak membenarkan Overtime. Kunun atas dasar berjimat cermat. Tapi kerja diberi kt sorang ni..perlukan 10 orang nak siapkan. Cmne nak siap cepat kawan-kawan lain dah di ‘VSS’ kan. pehtu takmo bayar OVERTIME. Cekik darah sungguh. Habih tu wat apa amik pekerja asing tuh beramai-ramai kalu tak pandai wat kerja? Membazir
4. Kita rasa sangat sekarang betapa, tahun lepas dgn gaji yg sama hujung bulan walaupon dah semput tp masih boleh bernapas. Sekarang nih gaji masih sama tp, tgh bulan dah semput..merangkak dan menghitung utk cukupkn perbelanjaan sampai ke gaji seterusnya.
Sumer tuh kita dah nampak, kita rasa, kita dengar. yang sakitnya kita. Sekalik aku tgk berita PAKAR/MENTERI yg paling pandai jaga bab duit negara kita beriya-iya kata MALAYSIA TIDAK MENGALAMI KEMELESETAN EKONOMI. Hampeh
Last week den tgk berita, melihat Gabenor Bank Negara kata pertumbuhan negara menguncup 2%. Hah apa maksud tuh? Tgk kat Bernamatv lagik. Siap dia jangka akan mengalami penguncupan lagi utk suku tahun kedua.
Pehtu sumer tgk kat BAPAK MENTERI KEWANGAN kita. Yang pd Januari berkata dengan yakinnya MALAYSIA tidak akan mengalami kemelesetan tahun ini. Ceh. Tetiba bila ditanya oleh wartawan baru-baru ini, BAPAK MENTERI KITA JAWAB ” WE’RE FACING TECHNICAL RECESSION” pulak. Ada term jugak nak bagitahu tentang kemelesetan nih. Cuba tanya pakcik makcik kat kampung tuh, depa paham ke makna technical recession nih. Den hampir pasti ramai yang tak faham 90% tak paham meaning technical recession.
Apa itu Technical recession?
A technical recession occurs when the level of real national output declines over two successive quarters causing a contraction in the total volume of production in the economy. But often a sharp slowdown in the rate of growth of output, spending and income can feel like a recession! ( sumber:http://tutor2u.net/economics/content/topics/macroeconomy/recession.htm )
faham? ikut kata mudah dan pemahamanku, kemelesetan teknikal berlaku apabila eksport kita menurun sebanyak 2 suku tahun berturut-turut. Menyebabkan kita kena kurangkan pengeluaran, sebab byk barang yang kita nak eksport tak boleh dijual.
Ciri-ciri berlakunya recession:
U see? den dah lama nampak perkara ini terjadi. Why para bijak pandai yg pegang tampuk pemerintahan ini beriya-iya nak menafikan? Pehtu semlam tgk Pak Menteri berckp kalau ekonomi US dan Eropah ok, kita akan pulih. Huh..takde action plan ke? Kalu ekonomi depa tak pulih cmne? Tunggu sampai pulih ke? Baper lama nak pulih tu?
Tak guna term slogan yg menggunung tinggi hebatkan tapi implementation hampeh and kerja tah ke mana
Posted by: halimatun on: May 21, 2009
Arakian ceritanya
di sebuah negara yg kadang-kadang dasarnya adil saksama, kadang-kadang bak di hutan rimba. Yang mana kaya tetap kaya, yang miskin pula biar melarat melata..
namun demikian, masih ada juga golongan yg berada di antaranya. nak dikata terlalu senang bukanlah mereka, nak dikata hidup susah namun ber’shopping’ skali sekala mampu la juga. Cuma terkadang tatkala sampai waktu ulang tahun kelahiran kuda tunggangan mereka akan kelihatan jugala mereka ini sesak dan kesemputan nafasnya. begitu juga jika di suatu purnama kelihatan golongan ini agak kaya mengejar pakaian branded dan penuhi gaya hidup seakan mewah mereka, maka pd purnama akan dtg akan terlihat la sifat bakhil mereka dek kerna penuhi ‘janji ada gaya’ moto hidup mereka..
Adapon di negara tersebut mempunyai beberapa stesen siaran tv. Salah satu darinya berbayar la juga ia. Malahan mereka jugalah yg menguasai pasaran dan boleh dikira sbg monopili psrn tv berbayar ini. Sdh beberapa syarikat cuba bertanding dgn mereka ini, namun kandas di tgh jalan mungkin kerna kekurangan pulus, kurang networking dgn si tikus-tikus yg agak rapat dgn sang Pemerintah, atau pon mungkin syarikat muda ini dicantas siap-siap oleh sang Raja di pasaran tv berbayar ini.
Adapon salah sebuah ‘channel’ dlm stesen tv yg berbayar ini, telah pon dicantas dan ditamatkan jangka hayatnya. Cenel ini adalah percuma dan boleh dinikmati oelh sekalian rakyat jelata yg berdaftar dan membyr khidmat stesen tv ini (di mana jika mereka berbuat salah nak betulkan kesalahan ambil masa berhari-hari, tetapi jika sang rakyat yg salah terus dipotong talian hayat tv mereka malahan ada tambahan wang utk menyambung semula talian). Utk perhatian, sebahagian besar pelanggan sang stesen ini merupakan rakyat yg nak dikata kaya tidak kaya dan miskin juga tidaklah mereka.
Ada pon penulis agak musykil kenapakah channel ini disingkatkan jangka hayatnya. Masakan tidak kerna sang Kirana (nama channel itu) terkadang ditonton juga oleh penulis. Sajian yg diberi oleh sang Kirana terkadang berbunyi Thailand, terkadang berbunyi Jepun dan Korea, terkadang berbunyi Hindustan, kadang berbunyi Iran, paling banyak berbunyi bahasa ibunda negara.
Suatu hari sang penulis terjumpa dengan Mustika. Katanya dia pengganti Kirana. Penulis gembira dengan kehadirannya. Mustika kata hadrnya dia utk menggantikan Kirana. Mustika kata dia dtg dgn pakej yg hebat, ada komedi, ada hindustani, ada filem international, ada drama nan hebat juga yg bernama Warna, B4u dan Citra.Tergoda juga sang penulis dibuatnya.
Kemudian penulis cuba hampiri sang Mustika ops ada Tag harga la RM12.95/sebulan. Ini yg penulis tak suka MUSTIKA PERLU DIBAYAR!!! Huh..di sini penulis ingin jeritkan pd sang pemilik stesen TV itu KEMBALIKAN KIRANA!!!